NADI X AWARENESS TAKLIMAT LINDUNGI DATA PERIBADI
14 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14/04/2026 bersamaan dengan hari selasa, seramai 8 orang peserta NADI Piasau Utara telah menyertai taklimat kesedaran dalam talian lindungi data peribadi. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan melindungi data peribadi di dunia digital. Peserta mempelajari jenis-jenis data peribadi, risiko kebocoran maklumat, serta langkah-langkah keselamatan dalam talian bagi mengelakkan penyalahgunaan data oleh pihak tidak bertanggungjawab. Program ini juga menekankan kesedaran privasi digital agar komuniti lebih bijak dan berwaspada dalam mengurus maklumat peribadi mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: